Birth is the start of life, beauty is the art of life, mystery and risk are part of life, but true friends are heart of life ^_^

Wednesday 23 January 2013

Maulidur Rasul ^_^

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul.....

Di pagi yang sangat mulia dan barakah ini, hari ini merupakan hari yang sangat penting kepada semua umat Islam yang harus di ingati di dalam sanubari setiap individu.... Hari ini adalah hari kelahiran Baginda Muhammad s.a.w, iaitu Rasul yang terakhir atau nabi akhir zaman. Tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan23 April 571 Masehi merupakan tarikh keramat bagi semua umat Islam diseluruh dunia, datangnya Baginda telah menyinari seluruh umat kerana sebelum kedatangan Baginda semua manusia  berada dalam kekufuran dan kajahilan contohnya menyembah berhala, berzina, mabuk, merompak dan membunuh telah menjadi kebanggaan pada masa itu.


Justeru itu, kita sebagai umat Islam haruslah mengingati segala perjuangan Baginda yang boleh di contohi sepertinya ketabahan Baginda dan Sahabat dalam menegakkan syiar Islam dan selain itu juga Baginda juga dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim sesama manusia, suka membantu atau menolong insan yang tidak berkemampuan dan didalam kesusahan, membantu anak-anak yatim dan ibu2 tunggal, seorang yang pemurah,seorang yang sangat berani dan sebagainya. Kehadiran Rasulullah S.A.W dengan risalah Islam, nilai-nilai keberanian serta kekuatan mengingat ini diangkat menjadi salah satu sifat yang mulia dan dibersihkan daripada kekotoran kepada kemurnian dan kesucian jiwa. Jiwa-jiwa mereka telah disatukan malah gambaran kehidupan jahiliyah turut dikhabarkan oleh Allah S.W.T dengan firmanNya.






“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu(sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).”
(Surah Ali-Imran : Ayat 103)
Selain daripada itu, Baginda juga pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy dan juga pernah membangunkan Kaabah semula dimana ianya runtuh ketika banjir. Baginda pada masa itu dikenali ramai oleh orang-orang arab yang juga telah menggelarkan Baginda seorang yang baik budi pekertinya dan amanah sehingga menggelarkan beliau Al-Amin.
Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad s.a.w menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surah 
al-Anfal ayat 30:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ
وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللهُ وَاللهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 


"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".
Maka jelaslah didalam ayat tersebut terdapat konspirasi oleh kaum Quraisy unruk membunuh Baginda namun telah di selamatkan oleh Allah dan Allah juga telah menggagalkan segala rancangan kaum Quraisy pada masa itu.
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing kehidupan manusia sebagaimana disebutkan oleh tokoh Barat Micheal H. Hart di dalam bukunya, “The Hundred” di mana Nabi Muhammad S.A.W disenaraikan di tempat PERTAMA tokoh yang paling berpengaruh di dunia seperti catatan berikut:  
“Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di duniamungkin akan mengejutkan para pembaca dan turut akan dipersoalkan, tetapi hanya beliau individu paling berpengaruh di dalam sejarah di kedua-dua bidang keagamaan dan duniawi. Kini selepas empat belas kurun, pengaruhnya masih dapat dirasai. 
(The Hundred, New York: Hart Publishing Company, Inc., 1978, halaman 33.)
Itu sahaja dari saya untuk hari ini, diharap semua umat Islam menegakkan agama Islam sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah dan mengamalkan segala Sunnah Rasul dan InsyaAllah akan mendapat Syafaat oleh Rasul di akhirat kelak..
Selamat menyambut Maulidur Rasul... :)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 

[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]




1 comment: