Birth is the start of life, beauty is the art of life, mystery and risk are part of life, but true friends are heart of life ^_^

Thursday 24 January 2013

SIRAH NABI: KEAJAIBAN SAAT KELAHIRAN RASULULLAH

Assalam... di sini saya nak post sirah nabi yang telah lama berlaku dan harus di ingati setiap golongan manusia, Saya pon kopipes kat FB,,, saya harap ianya berguna.. ^_^

credit to: Allah Cinta Agungku

Pertama, ibunya, Aminah, saat sedang mengandung Nabi, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil lainnya. 

Kehamilannya disadari melalui berita yang dibawa oleh malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahwa beliau telah mengandung seorang Nabi dan Junjungan seluruh umat manusia. 

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya yang terputus dan berpindahnya cahaya dari wajah Abdullah--suami beliau atau ayah Nabi--ke wajah beliau. 

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu surga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. 

Tanah-tanah di sekitar kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon menjadi rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat dan di laut sibuk membicarakannya. 

Ketiga, tentara bergajah yang disebut di dalam Alqur'an surat Alfil, datang menyerang kota Mekkah. Pimpinan tentara tersebut menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. 

Saat mereka hampir sampai ke kota Mekkah, gajah-gajah itu berhenti dan berbalik mundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam Alqur'an. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam buku-buku sejarah. 

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menengadahkan tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. 

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata, "Kabar bahagia untuk Saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad." 

Semasa kelahiran Nabi Muhammad saw, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Ini merupakan satu isyarat bahwa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya dari Nabi Isa dan Musa. 

Hal ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahwa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. 

Semasa beliau Nabi dilahirkan, ibunya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh beliau. Cahaya tersebut bersinar sampai ke Istana Busra di Syria. 

Cahaya itu terlihat seolah-olah anak panah dan pelangi yang dapat terlihat dari kota-kota yang jauh. 

Ada juga yang berpendapat bahwa cahaya itu menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahwa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah saat beliau Nabi dilahirkan. 

Aminah sendiri melihat beliau Nabi berbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. 

Kemudian Aminah melihat awan turun menyelimuti beliau dan pula mendengar sebuah seruan, "Bimbinglah ia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu, dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik." 

Sesudah itu awan tersebut lenyap dari pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya dari semua makhluk. 

Dikatakan juga pada malam kelahiran beliau, berhala-berhala yang terdapat di Ka'bah mengalami kehancuran. 

Menurut riwayat dari Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Ka'bah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Ka'bah berkata, 'Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku dari berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan kepada Yang Mahamengetahui.'" 

Selain peristiwa-peristiwa tersebut, di tempat yang lain terjadi pula peristiwa yang menakjubkan. Satu goncangan terjadi di istana Kisra dan menyebabkan istana tersebut retak, manakala empat belas tiang penyangganya runtuh. Hal ini merupakan satu di antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut. 

Juga, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. 

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. 

Setelah beliau lahir, tembakan bintang menjadi sering sebagai tanda bahwa pengetahuan iblis dan jin tentang perkara ghib sudah tamat. 

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika beliau Nabi diasuh oleh ibu susunya yaitu Halimatus Sa'diyah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.


SaLaM MaUlIdUr RASUL... ^_^

Wednesday 23 January 2013

Maulidur Rasul ^_^

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul.....

Di pagi yang sangat mulia dan barakah ini, hari ini merupakan hari yang sangat penting kepada semua umat Islam yang harus di ingati di dalam sanubari setiap individu.... Hari ini adalah hari kelahiran Baginda Muhammad s.a.w, iaitu Rasul yang terakhir atau nabi akhir zaman. Tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan23 April 571 Masehi merupakan tarikh keramat bagi semua umat Islam diseluruh dunia, datangnya Baginda telah menyinari seluruh umat kerana sebelum kedatangan Baginda semua manusia  berada dalam kekufuran dan kajahilan contohnya menyembah berhala, berzina, mabuk, merompak dan membunuh telah menjadi kebanggaan pada masa itu.


Justeru itu, kita sebagai umat Islam haruslah mengingati segala perjuangan Baginda yang boleh di contohi sepertinya ketabahan Baginda dan Sahabat dalam menegakkan syiar Islam dan selain itu juga Baginda juga dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim sesama manusia, suka membantu atau menolong insan yang tidak berkemampuan dan didalam kesusahan, membantu anak-anak yatim dan ibu2 tunggal, seorang yang pemurah,seorang yang sangat berani dan sebagainya. Kehadiran Rasulullah S.A.W dengan risalah Islam, nilai-nilai keberanian serta kekuatan mengingat ini diangkat menjadi salah satu sifat yang mulia dan dibersihkan daripada kekotoran kepada kemurnian dan kesucian jiwa. Jiwa-jiwa mereka telah disatukan malah gambaran kehidupan jahiliyah turut dikhabarkan oleh Allah S.W.T dengan firmanNya.






“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu(sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).”
(Surah Ali-Imran : Ayat 103)
Selain daripada itu, Baginda juga pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy dan juga pernah membangunkan Kaabah semula dimana ianya runtuh ketika banjir. Baginda pada masa itu dikenali ramai oleh orang-orang arab yang juga telah menggelarkan Baginda seorang yang baik budi pekertinya dan amanah sehingga menggelarkan beliau Al-Amin.
Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad s.a.w menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surah 
al-Anfal ayat 30:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ
وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللهُ وَاللهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 


"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".
Maka jelaslah didalam ayat tersebut terdapat konspirasi oleh kaum Quraisy unruk membunuh Baginda namun telah di selamatkan oleh Allah dan Allah juga telah menggagalkan segala rancangan kaum Quraisy pada masa itu.
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing kehidupan manusia sebagaimana disebutkan oleh tokoh Barat Micheal H. Hart di dalam bukunya, “The Hundred” di mana Nabi Muhammad S.A.W disenaraikan di tempat PERTAMA tokoh yang paling berpengaruh di dunia seperti catatan berikut:  
“Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di duniamungkin akan mengejutkan para pembaca dan turut akan dipersoalkan, tetapi hanya beliau individu paling berpengaruh di dalam sejarah di kedua-dua bidang keagamaan dan duniawi. Kini selepas empat belas kurun, pengaruhnya masih dapat dirasai. 
(The Hundred, New York: Hart Publishing Company, Inc., 1978, halaman 33.)
Itu sahaja dari saya untuk hari ini, diharap semua umat Islam menegakkan agama Islam sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah dan mengamalkan segala Sunnah Rasul dan InsyaAllah akan mendapat Syafaat oleh Rasul di akhirat kelak..
Selamat menyambut Maulidur Rasul... :)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 

[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]




Sunday 20 January 2013

Semester 1 Yang Perit-all about Mooting- ^_^

Assalamualaikum...  ^_^

Kat sini saya pn x tau nk post pasal ape, saya  nie x pandai bab2 nak menulis panjang2 adoi..x pe la at least saya cuba jgak sbb ad banyak permintaan dr luar #eh..haha....sedang berfikir sejenak dan terkeluar la idea untuk menulis pasal Sem 1 lpas yg ade seribu satu cerita yang nak dikongsikan disini...maka dengan itu jadilah tajuknye for the fisrt ever Semester1 Yang Perit and berkait pasal mooting..hehe...

Ya Allah,sem 1 nie merupakan sesuatu yg baru untukku dlam mempelajari banyak perkara dan sangatlah berat untukku jugak membawanya...semua subjek berat tidak terhingga...(tu baru second year dik oi!!! x naik lg 3rd or 4th or 5th...waaaa) kannn....tp, alhamdulillah dpat jugak daku menghabiskan 2nd year 1st sem nie...salah satu contoh adalah subjek Compulsory Moots nie da la 2 credit hour tapi kerja mak aih mcam 5 kredit hour..haha..

Kat sini pown saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tidak tersangka belajar di bwah Sir Shahrul (sepatotnye Dr Farheen)nie,dia sgat baik tapi particular dari segi masa,pakaian and kerja...tapi ok la, ku dapat buat ape yg dia suruh..hehe...

Ape yg perit dalam subjek nie adalah dalam menyiapkan BOA(Bundle of Authorities) bukan BOA vs Python ek...haha....benda nie bukan nipis, tapi tebal sgat2 and kna wat banyak copy plak tu...dlam tu ade copy kes2,akta2 and bahan2 rujukan...da la saya nie jenis yang malas nak pegi library, tapi disebabkan subjek nie..sayalah org yg rajin pegi library...kah3.... dlam menyiapkan BOA nie, saya diletakkan ngan partner saya iaitu Muna Adila...dia sgat2 bagos dalam memberikan idea...dan saya bagos dlam______.haha...isi sendiri ek...

Nie la contoh BOA tuh...

Ade skali tuh esok nak masok court,and malam tu sampai kol 3 or 4 pagi tgah nak menyiapkan menda nie..kna wat jugak dia punya Outline and Written Submission nak bagi kat judge...benda tu pown satu hal..kna wat btol2 and edit btol2...adoi..ingat lagi,mse wat benda nie kteorg la yg kuar paling last kat library mase tu smpai abg2 and akak2 yg jaga mase tu marah2..haha..sbb ape, sbb tgah tggu abg photostat setelkan dulu yg kteorg punya,..haha..

Erm...ape yg penting jgak ialah dia punya paging,tagging,leminating,ringing,paper and etc..Ya Allah, semua tu kna particular kowt..kalau x,kena hentam ngan judge la jawabnye...

Dalam subjek nie, die ade..first mooting and second mooting...Yang first tu,mak aih..cuak jugak sbb first time berhadapan ngan judge..sekali bukak mulut je..tros ditanye bermacm2 soalan macam peluru(kadang2 xde kaitan pown ade jugak) kite nie jenuh  la kna memjawabnye..pusing sana,pusing sini..sampai judge pown pening...haha..masa tu kiteorg di pihak Respondent..dan Alhamdulillah kiteorg menang..and Muna is the best mooter(dia memang hebat pown..huhu).When habis 1st mooting nie,bolehla menarik nafas lega sekejap je, sbb 2nd mooting or last mooting menanti tu...

nie la 1st moots..cuakssss!!

this is me,,tgah bermooting...hehe



bersiap sedia for tha battle..

Alhamdulillah semuanya berjalan dgan lancar..ade skali tu, saya sepatutnye prepare for my 3rd issue..tetibe sir suh jawab 2nd issue yg sepatutnye dijawab oleh my partner Muna...saya pun ape lg,gelabah giler kowt..haha...and redha je and putar2 sket and nasib baik sir paham... T_T...

Yang last mooting plak, Alhamdulillah menang jugak...ape yang mengejutkan my team is the first yang kena bermooting pada jam 8.30 pagi...when smpai je kat court,terkejut saya kena first skali,,takot+cuak+berdebar and semua ade(sebb org first kena dulu,xdpat usha team laen)tapi siyesly,judge yang datang tu boleh dibahagikan dgan tiga peringkat yang 1st tu strict and garang, 2nd ok la and yg 3rd tu klakar kowt..haha..sampai saya x tahan gelak dalam court tu,,, boleh plak dia berloghat Kelantan dalam court tu...haha..tapi nasib baik jugak la yg jadi ketua judge mase tu adlah yg klakar tu...selamat la sket :)

Erm...tu la serba sedikit cite psal sem 1 lpas...ape yg menyibukkan daku sem lpas is subjek mooting je kowt..smpaikan subjek len pown terabai..ade yg ponteng klas sbb nak siapkan benda nie..lpas habis je mooting nie..Ya Allah rase macm da hbis exam final and ase cam da grad dari UIA..haha...and diri ini pun rase cam dihargai oleh Sir Shahrul apabila dianugerahkan the best improvement dan dpat la hadiah iaitu Yum Yum...hehe...(yang khalis and afif tergila-gilakan...haha...) (at last aku terlupa nak wat balik..hahha)

Nie la classmate... ^_^

Akhir kata, hidup didunia tidak semuanya mudah,,ada kalanya kita diuji dgan ujian yang mampu kita harunginya....seseorg insan harus lah tabah dan bersabar dalam menempuhi setiap ujian dari Allah kerana besar ganjaranya disisi Allah sekiranya dapat menempuhinya dengan penuh sabar dan tabah. Ilmu yang kita belajar ini hanyalah setitik sahaja,dan selebihnya Ilmu Allah yang sangat luas dan besar dan tidak terkira nilainya..jadi jganlah kita sombong dan berlagak dgan ilmu yang kita ade.. :) ok la, tu je kowt...selamat bercuti semua and selamat menunggu result exam ye!!! hehe... manfaatkan cuti anda dengan benda2 yang berfaedah ek seperti main games,online,tgok tv...#eh...nie macam x berfaedah je..haha.. Wslam.. ^_^